DIRGAHAYU TUANKU
Majlis Persembahan Kek Sempena Hari Keputeraan Ke-77 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah diadakan pada 13 Januari 2025 bertempat di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HosTAR) turut mengambil bahagian mempersembahkan kek seberat 20Kg dengan bermotifkan songket bunga lada yang merupakan salah satu daripada sembilan identiti Negeri Sembilan.
Bunga Lada atau Lado di dalam sebutan masyarakat Negeri Sembilan adalah bunga yang boleh melambangkan keunikan yang terdapat di Negeri Sembilan. Bunga ini diketengahkan dalam rekaan kek tahun ini bagi melambangkan keunikan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masakan pedasnya gulai kuning.
Majlis tersebut juga telah diserikan dengan persembahan kek daripada pelbagai agensi Kerajaan termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan agensi swasta.
Antara yang hadir ke majlis tersebut adalah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM, YBhg. Profesor Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabngsa, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur dan HosTAR diwakili oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri) dan YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal).
HosTAR UKM merafak Sembah dan mendoakan semoga Allah memberkati pemerintahan Tuanku sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-77.
#HosTAR
#HosTARKongsi
#DAULATTUANKU
Dikemaskini : 14/01/2025 @ 11:35:02AM